Tuesday, February 17, 2015

Kawan dan takut?

Tak boleh ke kalau sekali je kau tak rasa takut dengan kawan kau sendiri yanie? kenapa perasaan takut tu perlu ada bila kau berkawan dengan sesiapa? Silap kau, terlalu memikirkan tentang perasaan orang lain, sehinggakan kau takut dengan kawan kau. Sampai bila benda ni nak berterusan? Belajarlah yanie, belajar untuk tidak terlalu berfikir jauh. Ingatlah, suatu persahabatan itu akan cacat bila perasaan takut tu melebihi segalanya. Kadang-kadang orang tak marah pun kau sedih sebab takut orang tu marah.Untuk seketika, cuba fikirkan tentang perasaan diri kau sendiri jugak. Kau tak rasa ke yang kau sedang menyeksa hati dan perasaan kau sendiri bila kau terlalu banyak berfikir tentang sikap dan layanan orang terhadap kau?

Ya, aku pun penat bila terus macam ni :(

Monday, February 16, 2015

Perasaan

Hidup tak selamanya indah, namun tak juga selamanya kelam. Sejujurnya, aku temui kebahagiaan di hati ku sejak bermulanya semester baru ini. Seolah-olah ada satu cahaya yang telah menerangi hari-hariku yang sebelum ini gelap. Aku bermula dengan semangat yang berkobar-kobar untuk buat yang terbaik untuk semester ni. Namun, segalanya tidak berkekalan. Dari hari ke hari, ku rasakan perubahan pada diri ku ini. Semangat yang dulunya tinggi, kini kian hilang. Aku terlalu sibuk dengan perkara-perkara lain sehinggakan aku terlupa, apa tujuan utama aku berada di sini. Tersekat, terperangkap, aku tak tau bagaimana caranya untuk aku keluar dari semua ni. Aku tak mampu memikul banyak tanggungjawab pada satu masa. Aku cuba untuk bertenang, namun aku tidak mampu. Terlalu banyak benda yang harus difikirkan. Terkadang aku terfikir, adakah aku telah tersalah langkah? Terlalu banyak benda yang menganggu ku. Semalam, aku dikejutkan dengan suatu kenyataan, segala perkara yg bermain dalam fikiran aku telah lenyap, aku terpaku. Ya, aku sedih. Aku cuba sedaya upaya untuk hilangkan perasaan tu. Aku ukirkan senyuman ku kepada semua walau hakikatnya hati ku terluka. Aku tekad untuk memberanikan langkah untuk menyapanya supaya apa yang aku pegang sekarang, tak terlepas, apa yang terikat sekarang, tidak terurai. Alhamdulillah. Aku bersyukur, kerana segalanya berjalan dengan lancar, apa yang aku inginkan terjadi. Tetapi kebahagiaan itu tak berkekalan apabila dia mengatakan sesuatu kepada ku. Hanya  Allah yang tahu, betapa peritnya hati ini. Aku tahan airmata ku dari jatuh, aku yakinkan dia supaya tidak berfikir terlalu jauh. Tetapi hakikatnya, aku sendiri tidak. Aku harap apa yang kami fikir dan sangkakan itu salah. Mengenangkan apa yang telah terjadi pada aku dengan rakan akrab ku sebelum ini, aku sedih. Aku tak nak perkara itu berulang semula. Untuk berapa minggu ini aku terlalu bahagia, terlalu taksub mencari kebahagiaan utk diri sendiri, sehinggakan aku lupa memikirkan perasaan kawan dia. Semua silapku. Aku langsung tiada niat untuk merampas sesiapa daripada sesiapa. Niat aku cuma untuk berkawan dengan seseorang yang boleh menerima aku seadanya, yang boleh menghormati aku, yang boleh bersama aku tatkala senang dan susah. Sekelip mata, segala tu musnah. Aku menangis sebaik sahaja aku sampai ke bilik,setelah selesai kelas aku pada tengah hari. Sekarang aku cuma berharap agar segala yang aku fikirkan tidak benar. Aku harap dia tak terasa sebab aku mengelak daripada dia. Huhuhu. Sedih. . . Sesedih-sedih aku semalam, hari ni ternyata lebih sedih daripada tu. . .  Aku harap nanti pelangi akan muncul selepas hujan lebat yang turun sekarang berhenti . . Semoga hati ini terus tabah untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Amin.

Wednesday, February 11, 2015

Ketika diri dirundung kesedihan

Kadang-kadang kau rasa sedih, lemah bila kau tak dapat bergantung pada sesiapa. Tetapi kau silap. Kau lupa, tempat pergantungan kita sesungguhnya hanya pada Allah. Allah tak pernah tinggalkan kita. Kalau Allah nak, sekelip mata sahaja semua masalah yang kita hadapi boleh selesai. Jangan bersedih yanie. Jangan berputus asa. Sebab Allah sentiasa ada. Pasti ada jalan buatmu.

"Cukupah Allah untuk (menolong) kami dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami)"

Surah Al-'imran : ayat 173

Sunday, January 25, 2015

Hala Tuju Hidup

Assalamualaikum. Entahlah kenapa hari ni tergerak pulak hati ni untuk update blog. Mungkin kerana terlalu banyak benda yang aku pendam tapi tiada tempat untuk aku luahkan.

Hari ni dah 25 januari 2015. Cuti aku hanya bersisa berberapa hari je lagi, selepas tu aku akan kembali kepada kehidupan seharian aku sebagai seorang pelajar jurusan sains matematik di UIAM Kuantan.

Sejujurnya, aku akui bukan mudah untuk aku berjauhan dengan keluarga aku. Sebagai seorang anak bongsu memang sukar untuk aku nafikan bahawa hidup aku sangat tak menentu tatkala berjauhan daripada ahli keluarga aku, terutama sekali mak dan ayah. Perasaan ingin kembali ke pangkuan keluarga memang tak pernah lari dari hati ini. Tapi ni lah dugaan yang terpaksa aku hadapi demi memikul satu keputusan yang telah aku ambil pada suatu ketika dahulu. 

Kadangkala, aku terfikir adakah benar ini jalan hidup yang aku impikan? Aku takut dan risau andai kaki aku ini tersalah langkah.Sebagai seorang yang meminati sastera dan IT, matematik bukan lah suatu benda yang aku suka. Andai orang lain mengambil satu langkah, aku perlu 5 ke 6 langkah kehadapan untuk berada dalam landasan yang sama seperti mereka. Sejak sekolah, aku terlalu bergantung kepada orang lain untuk mengajar aku supaya mahir dalam matematik. Berbeza dengan subjek lain yang hanya memerlukan pemahaman dan pembacaan, aku mampu untuk bergerak sendiri. Semester pertama dah berlalu, aku sedar telah banyak masa yang aku telah sia-siakan. Aku sedih sebab aku bakal menghampakan mak dan ayah aku 28 haribulan ni nanti. 

Sekarang aku tekad, semester 2 ni aku mesti cuba sehabis baik untuk meminati dan pada masa yang sama menguasai subjek ni. Seperti mana aku boleh dapatkan A bagi kedua-dua subjek matematik dalam genggaman aku masa SPM dulu (sebelum tu aku selalu gagal), aku yakin, sekarang pun aku boleh jadi seperti dulu. Aku percaya kemampuan aku sebenarnya lebih jauh daripada ni. Aku akan tingkatkan usaha aku dan tumpukan sepenuh  perhatian aku pada pelajaran lepas nanti. Aku nak berjaya seperti adik beradik aku yang lain, aku nak banggakan kedua-dua orang tua aku. Aku yakin aku boleh, aku yakin. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku.

Tuesday, November 6, 2012

Do you know what is your last word?

Assalamualaikum.

Sebelum saya pergi ke tajuk utama kita, izinkan saya bercerita serba sedikit mengenai perjalanan hidup seorang muslim. Seorang muslim dalam hidupnya akan melalui 5 Alam. Alam pertama ialah Alam Roh. Kemudian Alam Rahim. Di sini lah tempat setiap nyawa mengaku keesaan Allah SWT dan juga disini banyak perkara telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia, antaranya ialah rezeki dan jodoh. Seterusnya, apabila manusia itu telah lahir, dia akan melalui Alam Dunia. Di sini manusia menjadi khalifah Allah di muka bumi, tempat untuk manusia mengumpul pahala kebaikan dengan beribadah dan bertakwa kepada Allah SWT. Apabila ajal telah menjemputnya, dia akan melalui Alam Barzakh. Roh manusia akan ditarik di saat kematian nya. Setiap roh yang terpisah daripada jasad manusia akan pergi ke langit. Di sini Allah memerintahkan supaya roh manusia yang fasik dicampakkan semula ke dunia dan diseksa di dalam kuburnya sehinggalah hari kiamat tiba. Dan yang terakhir sekali ialah Alam Akhirat. Di sini, setiap jiwa akan diadili bagi menentukan di mana kehidupan kekalnya akan berada, sama ada di syurga mahupun neraka.

Sekiranya berbicara mengenai KEMATIAN, mesti ramai yang takut. Asal nampak je tajuk apa-apa artikel mengenai kematian, mula lah dia nak menggelabah, tutup page, jantung dah dud dap dup dap dahh. Kalau anda takut, tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya, apabila anda tidak mengambil peduli! Masyaallah. Apa nak jadi dengan kita? Sebagai seorang manusia, kita seharusnya sentiasa bersedia dengan kematian. Kerana kematian itu adalah suatu perkara yang PASTI!

Firman Allah SWT,
Apabila telah sampai ajal seseorang, maka sesaat pun tidak dapat ditangguhkan, dan sesaat pun tidak dapat didahulukan.”
(Al-A’raf: 34)
 
Ingatlah, ajal dan maut di tangan Allah. Allah berkuasa untuk menarik nyawa kita pada bila-bila masa pun yang Dia kehendaki. Ajal datang tak bagi signal. Kita semua tak tahu bila kita akan pergi, mungkin hari ini, esok, lusa? Atau mungkin kita akan pergi dalam tidur kita. Persoalannya sekarang, sudahkah anda bersedia?
 
Maka dengan itu, kita hendaklah persiapkan diri kita untuk pergi pada bila-bila masa pun. Kita sering leka dengan hal - hal keduniaan, mengejar kejayaan dunia, namun semua itu tidak menjamin kejayaan kita untuk memberatkan dacing kebaikan kita dimedan pengadilan kelak. Cuba berfikir sejenak, dalam sehari, berapa kali dan berapa lama masa anda peruntukkan untuk berfikir mengenai kematian? Saya biarkan soalan itu bersama anda.
 
Sabda Rasulullah SAW,
"Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)."
 ( Riwayat At-Turmudzi )
 
"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat."
(Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya)
 
Sesungguhnya, apabila kita mengingati kematian, kita akan sentiasa berwaspada dengan setiap amalan harian kita. Ingatlah, apabila waktu kita telah berhenti nanti, teman sejati kita hanyalah amal kebaikan. Maka di sini saya ingin mengajak anda bersama-sama lah kita bermuhasabah diri. Adakah amalan kita sepanjang hidup ini sudah mencukupi? Sudahkah kita bertaubat dan menadah tangan memohon keampuan Allah SWT? Adakah segala perbuatan kita lakukan setiap hari diredhai Allah? Fikirlah. Sebagai persediaan ke jalan akhirat, kita haruslah berusaha pertingkatkan amalan kita dari hari ke hari. Jadilah seorang muslimin dan muslimah yang berjaya. Post ini bukan lah untuk menakut-nakutkan anda, tetapi sekadar peringatan buat kita yang sering alpa ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada post kali ini. Insyaallah. Jumpa lagi :D