Sunday, January 25, 2015

Hala Tuju Hidup

Assalamualaikum. Entahlah kenapa hari ni tergerak pulak hati ni untuk update blog. Mungkin kerana terlalu banyak benda yang aku pendam tapi tiada tempat untuk aku luahkan.

Hari ni dah 25 januari 2015. Cuti aku hanya bersisa berberapa hari je lagi, selepas tu aku akan kembali kepada kehidupan seharian aku sebagai seorang pelajar jurusan sains matematik di UIAM Kuantan.

Sejujurnya, aku akui bukan mudah untuk aku berjauhan dengan keluarga aku. Sebagai seorang anak bongsu memang sukar untuk aku nafikan bahawa hidup aku sangat tak menentu tatkala berjauhan daripada ahli keluarga aku, terutama sekali mak dan ayah. Perasaan ingin kembali ke pangkuan keluarga memang tak pernah lari dari hati ini. Tapi ni lah dugaan yang terpaksa aku hadapi demi memikul satu keputusan yang telah aku ambil pada suatu ketika dahulu. 

Kadangkala, aku terfikir adakah benar ini jalan hidup yang aku impikan? Aku takut dan risau andai kaki aku ini tersalah langkah.Sebagai seorang yang meminati sastera dan IT, matematik bukan lah suatu benda yang aku suka. Andai orang lain mengambil satu langkah, aku perlu 5 ke 6 langkah kehadapan untuk berada dalam landasan yang sama seperti mereka. Sejak sekolah, aku terlalu bergantung kepada orang lain untuk mengajar aku supaya mahir dalam matematik. Berbeza dengan subjek lain yang hanya memerlukan pemahaman dan pembacaan, aku mampu untuk bergerak sendiri. Semester pertama dah berlalu, aku sedar telah banyak masa yang aku telah sia-siakan. Aku sedih sebab aku bakal menghampakan mak dan ayah aku 28 haribulan ni nanti. 

Sekarang aku tekad, semester 2 ni aku mesti cuba sehabis baik untuk meminati dan pada masa yang sama menguasai subjek ni. Seperti mana aku boleh dapatkan A bagi kedua-dua subjek matematik dalam genggaman aku masa SPM dulu (sebelum tu aku selalu gagal), aku yakin, sekarang pun aku boleh jadi seperti dulu. Aku percaya kemampuan aku sebenarnya lebih jauh daripada ni. Aku akan tingkatkan usaha aku dan tumpukan sepenuh  perhatian aku pada pelajaran lepas nanti. Aku nak berjaya seperti adik beradik aku yang lain, aku nak banggakan kedua-dua orang tua aku. Aku yakin aku boleh, aku yakin. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku.