Tuesday, February 17, 2015

Kawan dan takut?

Tak boleh ke kalau sekali je kau tak rasa takut dengan kawan kau sendiri yanie? kenapa perasaan takut tu perlu ada bila kau berkawan dengan sesiapa? Silap kau, terlalu memikirkan tentang perasaan orang lain, sehinggakan kau takut dengan kawan kau. Sampai bila benda ni nak berterusan? Belajarlah yanie, belajar untuk tidak terlalu berfikir jauh. Ingatlah, suatu persahabatan itu akan cacat bila perasaan takut tu melebihi segalanya. Kadang-kadang orang tak marah pun kau sedih sebab takut orang tu marah.Untuk seketika, cuba fikirkan tentang perasaan diri kau sendiri jugak. Kau tak rasa ke yang kau sedang menyeksa hati dan perasaan kau sendiri bila kau terlalu banyak berfikir tentang sikap dan layanan orang terhadap kau?

Ya, aku pun penat bila terus macam ni :(

Monday, February 16, 2015

Perasaan

Hidup tak selamanya indah, namun tak juga selamanya kelam. Sejujurnya, aku temui kebahagiaan di hati ku sejak bermulanya semester baru ini. Seolah-olah ada satu cahaya yang telah menerangi hari-hariku yang sebelum ini gelap. Aku bermula dengan semangat yang berkobar-kobar untuk buat yang terbaik untuk semester ni. Namun, segalanya tidak berkekalan. Dari hari ke hari, ku rasakan perubahan pada diri ku ini. Semangat yang dulunya tinggi, kini kian hilang. Aku terlalu sibuk dengan perkara-perkara lain sehinggakan aku terlupa, apa tujuan utama aku berada di sini. Tersekat, terperangkap, aku tak tau bagaimana caranya untuk aku keluar dari semua ni. Aku tak mampu memikul banyak tanggungjawab pada satu masa. Aku cuba untuk bertenang, namun aku tidak mampu. Terlalu banyak benda yang harus difikirkan. Terkadang aku terfikir, adakah aku telah tersalah langkah? Terlalu banyak benda yang menganggu ku. Semalam, aku dikejutkan dengan suatu kenyataan, segala perkara yg bermain dalam fikiran aku telah lenyap, aku terpaku. Ya, aku sedih. Aku cuba sedaya upaya untuk hilangkan perasaan tu. Aku ukirkan senyuman ku kepada semua walau hakikatnya hati ku terluka. Aku tekad untuk memberanikan langkah untuk menyapanya supaya apa yang aku pegang sekarang, tak terlepas, apa yang terikat sekarang, tidak terurai. Alhamdulillah. Aku bersyukur, kerana segalanya berjalan dengan lancar, apa yang aku inginkan terjadi. Tetapi kebahagiaan itu tak berkekalan apabila dia mengatakan sesuatu kepada ku. Hanya  Allah yang tahu, betapa peritnya hati ini. Aku tahan airmata ku dari jatuh, aku yakinkan dia supaya tidak berfikir terlalu jauh. Tetapi hakikatnya, aku sendiri tidak. Aku harap apa yang kami fikir dan sangkakan itu salah. Mengenangkan apa yang telah terjadi pada aku dengan rakan akrab ku sebelum ini, aku sedih. Aku tak nak perkara itu berulang semula. Untuk berapa minggu ini aku terlalu bahagia, terlalu taksub mencari kebahagiaan utk diri sendiri, sehinggakan aku lupa memikirkan perasaan kawan dia. Semua silapku. Aku langsung tiada niat untuk merampas sesiapa daripada sesiapa. Niat aku cuma untuk berkawan dengan seseorang yang boleh menerima aku seadanya, yang boleh menghormati aku, yang boleh bersama aku tatkala senang dan susah. Sekelip mata, segala tu musnah. Aku menangis sebaik sahaja aku sampai ke bilik,setelah selesai kelas aku pada tengah hari. Sekarang aku cuma berharap agar segala yang aku fikirkan tidak benar. Aku harap dia tak terasa sebab aku mengelak daripada dia. Huhuhu. Sedih. . . Sesedih-sedih aku semalam, hari ni ternyata lebih sedih daripada tu. . .  Aku harap nanti pelangi akan muncul selepas hujan lebat yang turun sekarang berhenti . . Semoga hati ini terus tabah untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Amin.

Wednesday, February 11, 2015

Ketika diri dirundung kesedihan

Kadang-kadang kau rasa sedih, lemah bila kau tak dapat bergantung pada sesiapa. Tetapi kau silap. Kau lupa, tempat pergantungan kita sesungguhnya hanya pada Allah. Allah tak pernah tinggalkan kita. Kalau Allah nak, sekelip mata sahaja semua masalah yang kita hadapi boleh selesai. Jangan bersedih yanie. Jangan berputus asa. Sebab Allah sentiasa ada. Pasti ada jalan buatmu.

"Cukupah Allah untuk (menolong) kami dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami)"

Surah Al-'imran : ayat 173

Sunday, January 25, 2015

Hala Tuju Hidup

Assalamualaikum. Entahlah kenapa hari ni tergerak pulak hati ni untuk update blog. Mungkin kerana terlalu banyak benda yang aku pendam tapi tiada tempat untuk aku luahkan.

Hari ni dah 25 januari 2015. Cuti aku hanya bersisa berberapa hari je lagi, selepas tu aku akan kembali kepada kehidupan seharian aku sebagai seorang pelajar jurusan sains matematik di UIAM Kuantan.

Sejujurnya, aku akui bukan mudah untuk aku berjauhan dengan keluarga aku. Sebagai seorang anak bongsu memang sukar untuk aku nafikan bahawa hidup aku sangat tak menentu tatkala berjauhan daripada ahli keluarga aku, terutama sekali mak dan ayah. Perasaan ingin kembali ke pangkuan keluarga memang tak pernah lari dari hati ini. Tapi ni lah dugaan yang terpaksa aku hadapi demi memikul satu keputusan yang telah aku ambil pada suatu ketika dahulu. 

Kadangkala, aku terfikir adakah benar ini jalan hidup yang aku impikan? Aku takut dan risau andai kaki aku ini tersalah langkah.Sebagai seorang yang meminati sastera dan IT, matematik bukan lah suatu benda yang aku suka. Andai orang lain mengambil satu langkah, aku perlu 5 ke 6 langkah kehadapan untuk berada dalam landasan yang sama seperti mereka. Sejak sekolah, aku terlalu bergantung kepada orang lain untuk mengajar aku supaya mahir dalam matematik. Berbeza dengan subjek lain yang hanya memerlukan pemahaman dan pembacaan, aku mampu untuk bergerak sendiri. Semester pertama dah berlalu, aku sedar telah banyak masa yang aku telah sia-siakan. Aku sedih sebab aku bakal menghampakan mak dan ayah aku 28 haribulan ni nanti. 

Sekarang aku tekad, semester 2 ni aku mesti cuba sehabis baik untuk meminati dan pada masa yang sama menguasai subjek ni. Seperti mana aku boleh dapatkan A bagi kedua-dua subjek matematik dalam genggaman aku masa SPM dulu (sebelum tu aku selalu gagal), aku yakin, sekarang pun aku boleh jadi seperti dulu. Aku percaya kemampuan aku sebenarnya lebih jauh daripada ni. Aku akan tingkatkan usaha aku dan tumpukan sepenuh  perhatian aku pada pelajaran lepas nanti. Aku nak berjaya seperti adik beradik aku yang lain, aku nak banggakan kedua-dua orang tua aku. Aku yakin aku boleh, aku yakin. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku.

Tuesday, November 6, 2012

Do you know what is your last word?

Assalamualaikum.

Sebelum saya pergi ke tajuk utama kita, izinkan saya bercerita serba sedikit mengenai perjalanan hidup seorang muslim. Seorang muslim dalam hidupnya akan melalui 5 Alam. Alam pertama ialah Alam Roh. Kemudian Alam Rahim. Di sini lah tempat setiap nyawa mengaku keesaan Allah SWT dan juga disini banyak perkara telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia, antaranya ialah rezeki dan jodoh. Seterusnya, apabila manusia itu telah lahir, dia akan melalui Alam Dunia. Di sini manusia menjadi khalifah Allah di muka bumi, tempat untuk manusia mengumpul pahala kebaikan dengan beribadah dan bertakwa kepada Allah SWT. Apabila ajal telah menjemputnya, dia akan melalui Alam Barzakh. Roh manusia akan ditarik di saat kematian nya. Setiap roh yang terpisah daripada jasad manusia akan pergi ke langit. Di sini Allah memerintahkan supaya roh manusia yang fasik dicampakkan semula ke dunia dan diseksa di dalam kuburnya sehinggalah hari kiamat tiba. Dan yang terakhir sekali ialah Alam Akhirat. Di sini, setiap jiwa akan diadili bagi menentukan di mana kehidupan kekalnya akan berada, sama ada di syurga mahupun neraka.

Sekiranya berbicara mengenai KEMATIAN, mesti ramai yang takut. Asal nampak je tajuk apa-apa artikel mengenai kematian, mula lah dia nak menggelabah, tutup page, jantung dah dud dap dup dap dahh. Kalau anda takut, tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya, apabila anda tidak mengambil peduli! Masyaallah. Apa nak jadi dengan kita? Sebagai seorang manusia, kita seharusnya sentiasa bersedia dengan kematian. Kerana kematian itu adalah suatu perkara yang PASTI!

Firman Allah SWT,
Apabila telah sampai ajal seseorang, maka sesaat pun tidak dapat ditangguhkan, dan sesaat pun tidak dapat didahulukan.”
(Al-A’raf: 34)
 
Ingatlah, ajal dan maut di tangan Allah. Allah berkuasa untuk menarik nyawa kita pada bila-bila masa pun yang Dia kehendaki. Ajal datang tak bagi signal. Kita semua tak tahu bila kita akan pergi, mungkin hari ini, esok, lusa? Atau mungkin kita akan pergi dalam tidur kita. Persoalannya sekarang, sudahkah anda bersedia?
 
Maka dengan itu, kita hendaklah persiapkan diri kita untuk pergi pada bila-bila masa pun. Kita sering leka dengan hal - hal keduniaan, mengejar kejayaan dunia, namun semua itu tidak menjamin kejayaan kita untuk memberatkan dacing kebaikan kita dimedan pengadilan kelak. Cuba berfikir sejenak, dalam sehari, berapa kali dan berapa lama masa anda peruntukkan untuk berfikir mengenai kematian? Saya biarkan soalan itu bersama anda.
 
Sabda Rasulullah SAW,
"Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)."
 ( Riwayat At-Turmudzi )
 
"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat."
(Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya)
 
Sesungguhnya, apabila kita mengingati kematian, kita akan sentiasa berwaspada dengan setiap amalan harian kita. Ingatlah, apabila waktu kita telah berhenti nanti, teman sejati kita hanyalah amal kebaikan. Maka di sini saya ingin mengajak anda bersama-sama lah kita bermuhasabah diri. Adakah amalan kita sepanjang hidup ini sudah mencukupi? Sudahkah kita bertaubat dan menadah tangan memohon keampuan Allah SWT? Adakah segala perbuatan kita lakukan setiap hari diredhai Allah? Fikirlah. Sebagai persediaan ke jalan akhirat, kita haruslah berusaha pertingkatkan amalan kita dari hari ke hari. Jadilah seorang muslimin dan muslimah yang berjaya. Post ini bukan lah untuk menakut-nakutkan anda, tetapi sekadar peringatan buat kita yang sering alpa ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada post kali ini. Insyaallah. Jumpa lagi :D
 
 
 

 

Monday, June 11, 2012

Simple word called "Syukur"

Assalamualaikum. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya masih diberi nafas untuk terus berada di dunia yang sementara ini. Insyaallah, hari ni saya akan cakap sedikit mengenai syukur.

Jom muhasabah diri skit!

Soalan yang pertama sekali saya nak ajukan ialah, adakah anda sudah mengucapkan rasa syukur anda atas nikmat yang ada masih miliki pada hari ini?

Tahukah anda bahawa nikmat yang kita ada kt dunia ini adalah pinjaman semata-semata. Allah boleh tarik nikmat yang kita ada ni bila-bila masa pun yang Dia nak. Jadi apa yang kita perlu buat ialah, bersyukur. Dalam erti kata lain ialah, gunakan lah segala yang kita ada dengan baik dan pada jalan yang betul.

Saya petik daripada sebuah lagu raihan bertajuk antara dua cinta :-
"Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan nikmat yang dikecap baru kan terasa, bila hilang apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman"

Memang dah jadi norma kehidupan, manusia sering lupa dan tidak bersyukur langsung terhadap apa yang Allah dah kurniakan pada dia sehinggalah Allah tarik semula nikmat-nikmat tersebut. Kita kena ingat, kadangkala Allah dah menetapkan sesuatu yang terbaik pada kita tanpa kita sedari. Firman Allah ada mengatakan,  

“Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216


Okay, sekarang saya nak kaitkan perkara ini dengan hidup saya. Sekarang saya rasminya telah bergelar seorang pelajar CFS IIUM. Tadi result EPT dan APT akan keluar. Result tu sangat penting bagi menentukan tempoh pembelajaran saya di UIA ini. Untuk course Physical Science (ni course saya), ada setahun dengan dua tahun je. Alhamdulillah, English exempted dan arab level 1. Tapi instinct saya kuat mengatakan bahawa saya akan dapat dua tahun. Sebelum masuk UIA ni ramai orang tanya,

"Yanie, kenapa masuk UIA? Kalau asasi kat UIA 2 tahun, lama tuu", Cikgu pun ada yang tanya "Kenapa kamu tak masuk UITM ke UNIMAS ke, kalau belajar kt situ asasi setahun jer." Ada yang cakap, "Yanie tak rugi ke belajar sampai 2 tahun?" Macam-macam soalan yang saya terima daripada orang sekeliling saya.

So to be honest, saya sedih la jugak belajar lama, nanti kawan-kawan dah masuk degree, saya baru nak habis asasi. But, looking at the bright side, saya selalu yakin kan diri saya, takpe yanie belajar dua tahun, sekurang-kurang nya saya akan dapat menimba lebih banyak ilmu + pengalaman sepanjang dua tahun nie. Saya set kan dalam minda saya yang saya akan pastikan dua tahun itu berbaloi, insyaallah. Kalau boleh biarlah saya dapat menguasai bahasa arab serba sedikit. Tak rugi pun belajar arab, itu kan bahasa kita di akhirat kelak :D Jadi saya tetap bersyukur sebab saya dapat dua tahun.

I'm in dilemma.

Yang ni kenapa pulak? Haaa, yang ni nak cerita skit kat korang. Actually, Physical Science was my 6th choice in UPU. Haha. Sedih tak? Mula-mula tengok result, saya frust sangat, kenapa dapat physical science, dahlah pilihan ke 6. Tapi keluarga and kawan-kawan saya semua cakap, pergi je yanie. Nanti boleh tukar course, sebab setiap tahun memang boleh tukar course time Ta'aruf week. Unfortunately, tahun ni bilangan pelajar yang baru masuk mencecah 5000+. Jadi tiada sebarang tawaran untuk menukar course diberikan atas sebab tiada lagi kekosongan untuk mana-mana course. =( Ramai dikalangan kami yang patah hati dan frust memanjang. Sedih sangat-sangat. Tapi apa boleh buat, dah takdir macam ni. Saya akhirnya redha dan taknak fikir sangat mengenai hal ini sebab takut akan menjejaskan pelajaran saya nanti. Lagipun tak guna jugak kalau kita asyik menangis, meratap sebab tak boleh tukar course sampai habis belajar. Betul tak? So, mind set kena positive, baru boleh berjaya. Saya bercadang untuk belajar habis-habisan untuk dua semester pertama ni supaya saya boleh tukar course nanti. Saya percaya, kalau ada rezeki, Insyaallah kita akan dapat. Asalkan jangan lupa Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal. Harap-harap ini bukan kata-kata kosong. Saya nak berusaha selagi saya mampu walaupun saya tau yang saya ni agak "Slow-learner", tapi tak salah kita mencuba kan?  Cause "When there's a will there's a way". So buat masa ni, bersyukur lah dengan apa yang ada, jangan sampai "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

Last but not least, nak cakap kepada sesiapa yang sama situasi dengan saya yang,  always bear in mind that, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu" Jadi akhir kata daripada saya, bersyukur lah dengan apa yang Allah dah tetapkan kita walaupun ia amat menyakitkan. Saya selalu ingatkan diri saya yang saya patut bersyukur walaupun dapat course yang saya tak nak ,sekurang-kurangnya saya dapat sambung belajar di Universiti, sebab kat luar sana ramai yang tak dapat apa-apa tawaran untuk UPU.

Semoga kita sama-sama dapat berfikir sejenak dan muhasabah diri kita mengenai syukur. Jaga diri dan jaga iman, Assalamualaikum :D

Monday, April 23, 2012

You and Me, we're not the same..

I dedicate this post to a friend of mine.

Hi! How I wish I can say this to you right now. I just wanna thank you for all that you've done. I just can't imagine how my school life would be without you, as you helped me a lot in studies. You know what, you're the only reason why i stay in 'that' school. Yeahh, you're the one who changed my mind about transferring back to my former school, since I though I couldn't survive there as I'm a very slow learner. I still remember when you begged me to stay, you said don't go, cause you're part of us, we all here are one family, if you move out, then our family will not be perfect anymore. Well, you actually the first one who managed to change my mind, cause even my family couldn't so. So I stay, and in return you became my private tutor, since you are very smart student. You helped me a lot in Additional Mathematics, Biology, Chemistry, Physics and Mathematics. Eventhough I'm a slow learner, you never give up in teaching me for two years. Well, I really appreciate that. Because of you, i managed to get good result in my SPM examination. Thank you for being a very kind and caring friend to me. You never stop giving me support in everything I do. You know what, you are also the first one *my friend* who give me vitamin. Haha. I know its kinda funny, but I know you really concern about my health. Thanks friend! I really don't know how to pay back all your good deeds to me. I just can pray so that God will bless you. We were so close before.. But not anymore..  I just wanna say that deep down my heart, I'm really sad that we are so far away now.. Before this, whenever I'm sad, you were there, making me smile.. Sometimes you even draw something for me in a piece of paper, just to make me smile and laugh.. But not anymore.. Hope that you can read this.. I don't think I have to mention your name, cause you know who you are.. Well, you and me, we're not the same.. =(

This song is for you,

Thanks for being my friend =)


Saturday, April 21, 2012

Friendship aka Persahabatan =) Part - 2

Assalamualaikum. Sekarang kita berbalik semula dengan topik kita sebelum nie, iaitu mengenai persahabatan. Kat sini saya nak buat penambahan sikit tentang post yang lepas >> Friendship aka Persahabatan =) *Kepada yang belum baca, anda boleh baca di situ*

Berhati-hatilah dalam memilih sahabat. Kenapa? Okay, fakta mengatakan bahawa seorang kawan boleh membawa pengaruh yang begitu cepat merebak kepada kawannya dengan begitu pantas sekali, seperti racun yang mengalir masuk ke dalam badan melalui peredaran darah badan kita. Zaman akhir zaman ni, khususnya remaja, sangat mudah untuk terpengaruh dengan rakan-rakannya. Tanya saja kepada penagih-penagih dadah, "Kenapa mengambil dadah?" Pasti sahaja dia akan menjawab bahawa dia terpengaruh dengan rakan-rakannya. Oleh itu, pemilihan sahabat adalah sangat penting. 

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Seseorang itu bergantung pada agama rakannya, maka hendaklah salah seorang daripada kalangan kamu melihat dengan siapa kamu berkawan. " (HR Abu Daud)

Haaa, dari situ jelaslah kita lihat, bahawa kita seharusnya memilih seorang sahabat yang bertakwa dan baik perilakunya. Janganlah pilih sahabat anda secara sepontan. Pemilihan seorang sahabat seharusnya dilakukan dengan cermat. Hal demikian kerana fakta ada mengatakan bahawa antara sebab-sebab utama kenapa persahabatan tidak berkekalan dan gagal diteruskan adalah kerana melakukan kesilapan dalam pemilihan, akibat terlalu tergesa-gesa dan mendahulukan perasaan. Pilihlah sahabat berdasarkan amalan Islamnya. Kerana sahabat yang cintanya hanya pada Allah akan membawa kita ke syurga, insyaallah.

Saidina Ali pernah berkata, elakkanlah bersahabat dengan ;-

1. Orang yang bodoh
Kerana boleh jadi ketika dia bertujuan untuk menguntungkanmu, namun jelas merugikanmu
2. Orang yang kikir
Kerana dia akan mengabaikanmu ketika kamu memerlukannya
3. Orang yang suka melakukan maksiat
Kerana dia akan menjualmu dengan unta betina
4. Orang yang suka berbohong
Kerana dia akan mendekatkan sesuatu yang jauh, dan menjauhkan sesuatu yang dekat.

Jadi tunggu apa lagi? Buatlah pemilihan sahabat anda dengan sebaiknya =) Namun harus diingat, bahawa adanya seorang sahabat, tidak membataskan kita untuk bersahabat dengan orang lain. Saya tengok ramai sangat manusia sekarang ni yang cuma mahu menolong sahabat rapatnya sahaja dan mengabaikan sahabatnya yang lain, yang lebih memerlukan . Salah tuu, kita seharusnya berbuat baik dengan semua orang. Tak rugi pun kan? Haha. Oh ya, dalam Islam kita tidak seharusnya membeza-bezakan sahabat kita. 

Dalam doa ma'tsur dikatakan, 
"Ya Allah, limpahkan kebaikan kepada seluruh manusia" 
Doa ini menyebut manusia secara keseluruhan dan bukan untuk sahabat karibnya sahaja.

Jadi secara keseluruhannya, anda faham tak faham? Haha. Sampai di sini sahajalah perkongsian saya mengenai persahabatan pada kali ini. Saya mendoakan agar kita semua akan menemui sahabat sejati yang boleh bersama-sama beribadah kepada Tuhan sekalian alam, iaitu Allah SWT. Semoga sahabat kita dapat membawa kita ke syurga, insyaallah. Assalamualaikum =)


Friday, April 20, 2012

Things I miss the most about PLKN

Assalamualaikum. Alhamdulillah pada hari yang mulia ini, saya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menunaikan kewajiban terhadapNya. Haha. PLKN cukup meninggalkan impak yang besar terhadap pelatih-pelatihnya. Persoalannya, kenapa dan mengapa? Haaa, ni yang nak cerita sikit. Antara impak-impak yang dirasai oleh bekas-bekas pelatih adalah seperti berikut:-

1. Perubahan
Ya, perubahan yang besar bagi pelatih-pelatih yang telah berjaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di sepanjang tempoh latihan. Baik dari segi jasmani dan juga rohani. *Banyak yang saya dapat daripada kelas kerohanian dan character building*

2.Turun berat badan
Haha, pelatih-pelatih bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah dapat meringan kan sikit tulang-tulang yang dah lama tak function kat rumah dulu. Sebab kat kem setiap pagi pelatih-pelatih akan melakukan senaman ringan + berat. Cukuplah 2 bulan lebih untuk membina muscle di tangan dan kaki. Bila dah tamat latihan, takde la badan lembik je macam dulu. Haha =P

3. Muka burn yang tak pulih-pulih
Bagi yang terlalu aktif semasa di kem tu, memang agak payah la nak memutihkan semula muka yang dah kian gelap tuh. Ini lah akibatnya apabila tidak memakai sun block ketika melakukan sebarang latihan. Haha. Jadi saya syorkan agar sesiapa yang berkenaan, beli lah krim pemutih muka =P *Waktu untuk recover bergantung kepada jenis kulit*

4. Mimpi yang sering menghantui
Yahhh! Ini fakta! Percaya atau tidak, bekas-bekas pelatih PLKN sentiasa dihantui oleh mimpi-mimpi semasa di kem. Di sini dah terbuktilah bahawa PLKN cukup membawa impak yang besar kepada pelatih-pelatihnya. Seriously, susah kalau tak mimpi pasal PLKN, sikit-sikit mimpi. Saya pun hairan kenapa jadi macam tuu. Mungkin akibat kerinduan yang mendalam kot, sama ada pada kawan-kawan mahupun pada aktiviti yang dilakukan setiap hari..

Lupakan impak seketika, jom kita berbalik kepada topik utama saya hari ini, iaitu perkara yang paling saya rindu mengenai PLKN :-

  1. Berlari untuk beratur mengambil tray dan makanan
  2. Nyanyi lagu sama-sama sebelum masuk kelas *Lagu Satu Malaysia, Anugerah Terindah yang Pernah Ku Miliki, Hijau, Awan Nano dan lain-lain*
  3. Borak-borak ngan kawan sampai kol 2 pagi
  4. Cuci baju sama-sama sambil bergelak tawa
  5. Kena simbah dengan air oleh bebudak dorm semasa mencuci baju
  6. Makan beramai-ramai setiap hari ahad *Budak dorm bawak makanan sedap-sedap kot parents dorang hantar*
  7. Tension setiap kali masuk bilik tengok katil dikuasai oleh semut api!
  8. Main lari-lari dalam dorm sampai terjatuh
  9. Pentadbiran dorm *angkat katil ke luar dorm, cuci lantai dengan air yang mencurah-curah, pasang speaker kuat-kuat*
  10. Makan makanan acik dewan makan *sedap wehhh, tak tipu*
  11. Pergi Koperasi beli ice-cream lepas balik dari surau 
  12. Beratur sebelum masuk surau
  13. Tengok tayangan yang menginsafkan setiap kali kelas kerohanian
  14. Tengok orang buat pembentangan dorm di surau
  15. Tengok ustaz-ustaz dan ustazah yang hebat-hebat bagi tazkirah setiap malam
  16. Berlari dengan kawan untuk ambil roti time supper *Haha, kami gopoh*
  17. Berjogging sampai muka merah time riadah
  18. Jadi penyiasat terhebat *Adalah kes nya =P*
  19. Dengar tazkirah malam-malam buta dengan ustazah dorm yang disayangi
  20. Berbahas dengan member sorang ni yang sama taknak kalah
  21. Kejut budak-budak dorm bangun tidur
  22. Berlari ambil baju kat ampaian
  23. Polish kasut sampai berkilat
  24. Lepak ngan cikgu dorm
  25. Berposing bagai ngan kawan-kawan
  26. Menjerit apabila terjumpa Encik Katak dalam toilet!
  27. Dengar budak dorm cakap merapu
  28. Baring atas jalan tar pagi-pagi semasa PT Pagi
  29. Jumpa nurse yang baik hati kat medic
  30. Letak penanda kt kasut setiap kali bukak kasut *Takut tersalah kasut, saya selalu letak kertas. Haha*
  31. Main bola tampar depan dorm
  32. Dengar orang kata, "Dorm 3 CLEAR!!"
  33. Dengar jurulatih sebut "Bangun 3x! untuk kejutkan pelatih kat dorm"
  34. Makan maggi sama-sama
  35. Lepak ngan cikgu tengah malam
Haha. Kalau nak list lagi, sampai bila-bila pun takkan habis. Boleh kata semua lah saya rindu tentang PLKN, terutama sekali kawan-kawan yang jauh nun di sana. Ni ada sikit gambar-gambar semasa menjalani latihan di kem

 Inilah kawan yang paling suka bertekak dengan saya 24jam, haha

 Kemas tak dorm 3 Wirawati? Haha
 Ini antara budak-budak dorm saya
 Sumandak Sabah, Tina ngan Rynie =)
 Yeahh, itu lah saya dengan senapang Colt M-16, Hehe
 Dorm 3 yang sentiasa dirindui <3
 Last but not least, saya rasa PLKN telah banyak mengubah diri saya untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Jadi nasihat saya kepada batch ke 2 dan ke 3, hargai lah setiap masa yang ada semasa di kem, ubah lah mind set anda menjadi positive. Jadikan penyertaan anda ke kem PLKN itu daripada Paksa-Rela itu menjadi Suka-Rela. Seriously, program-program yang dianjurkan semua bagus. Asalkan niat kita baik nak belajar, then Insyaallah segala urusan akan menjadi lancar =) Assalamualaikum

Thursday, April 19, 2012

Friendship aka Persahabatan =)

Assalamulaikum. Setelah sekian lama menghilang, hari nie saya nak bukak skit cerita tentang tajuk utama kita hari ni, that is Friendship aka Persahabatan. Saya percaya kita semua ada kawan kan? Tipu sangat la kalau takde kawan. Betul tak? Ada quotation english yang mengatakan "Friendship is one of the most precious relationships that exist on earth. Without friends our life would be dull, empty and so incomplete".

Soalan pertama saya untuk korang, adakah anda seorang sahabat yang baik?
Dari Abu Musa asy-Asy'ari, dia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya, perumpamaan sahabat yang baik dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dengan tukang besi. Seorang penjual minyak wangi akan memberi kamu minyak atau kamu membelinya, atau kamu akan mendapatkan bau yang harum darinya. Sedangkan tukang besi, maka boleh jadi akan membakar bajumu dan boleh juga kamu akan mendapatkan darinya bau yang busuk."(Muttafaqunalaih)


Dalam hadis lain, Nabi s.a.w bersabda, "Seorang bergantung pada agama kawannya, maka hendaklah salah seorang di kalangan kamu semua melihat dengan siapa dia berkawan." (HR, Abu Daud)


Jadi kesimpulan daripada hadis di atas, jelaslah bahawa kita hendaklah berhati-hati memilih sahabat dan pada masa yang sama jugak kita mestilah menjadi sahabat yang baik kepada kawan kita.


Okay, di sini saya nak share sikit jenis-jenis kawan yang kita biasa jumpa pada zaman baru nie *Mengikut kajian dan pemerhatian harian* :-


1. Kawan yang hipokrit
Haa, kawan yang macam ni lah biasa kita temui pada masa nie. Kawan yang hipokrit nie dikategorikan sebagai kawan yang kekurangan kejujuran dalam kehidupan sehariannya. Haha. Kenapa saya cakap macam tu? Kebiasaannya kawan yang hipokrit ni depan kita dia baik, tapi belakang kita cakap buruk tentang kita. Kawan macam nie lah yang boleh dikatakan sebagai Agen Perosak aka Batu Api. Dengan kehadiran kawan macam nie lah boleh menyebabkan pergaduhan antara kita dengan orang lain. Berdoalah kepada Allah supaya kita dijauhi oleh kawan yang macam nie. Next?

2. Kawan yang suka ambil kesempatan
Ni satu lagi penyakit manusia zaman sekarang. Kawan yang suka mengambil kesempatan nie saya kategorikan sebagai kawan yang kekurangan keikhlasan dalam hidup dia. Meh saya cerita skit mengenai kawan yang suka mengambil kesempatan nie. Disebabkan dia kekurangan keikhlasan nie terbuktilah bahawa dia langsung tak ikhlas berkawan dengan kita. Ada orang orang yang berkawan sebab nak mencari publisiti, menggunakan kawan bila perlu, gunakan kawan yang innocent supaya jadi mangsa dan macam-macam lagi lah. Apa gunanya berkawan kalau takde keikhlasan? Berkawan tanpa keikhlasan nie samalah seperti kita memperguna aka memperbodohkan kawan kita. Tak baik mempermainkan orang macam tu.

3. Kawan Touch and Go
Saya pasti semua orang familiar dengan word touch and go kan? Haha. Kawan touch and go nie lebih kurang je macam kawan yang mengambil kesempatan. Tapi bukan secara keseluruhannya sama. Apa yang membezakannya ialah kawan touch and go ni dikategorikan sebagai kawan yang takde perasaan aka tak berhati perut. Kawan yang ni antara kawan yang paling kejam sekali dalam menyakiti hati kawan dia. Kenapa? Kawan touch and go ni dia cuma berkawan dengan kita apabila dia memerlukan sahaja, which means after "khidmat kita dah tak diperlukan", terus dia buang kita, pergi macam tuu je and tak pedulikan kita langsung. Kita ambil contoh yang paling common sekali lah, kawan yang tinggalkan dan abaikan kita untuk kawan yang berlainan jantina aka kekasih dia. Kejam tak? Kebiasaannya kawan macam tu tak tahu macam mana nak menghargai kawan yang dia ada. Semoga suatu hari nanti dia akan sedar bahawa kekasih itu datang dan pergi, berbeza dengan kawan yang takkan pergi tak kira macam mana dia buang kawan dia suatu ketika dahulu. Ingatlah, kawan kita akan tolong kita tak kira apa pun berlaku dan belum tentu lagi kekasih kita tuu dapat tolong kita setiap masa. Bagi saya agak kejam apabila seorang kawan tu buat kawan dia macam guna Touch and Go.

4. Kawan yang pemendam.
Okay! Take note! Kawan macam ni agak senang mata memandang, tapi berhati-hatilah. Sebab kawan macam ni lah paling susah nak jaga. Sebab apa? Dia tidak akan menunjukkan perasaan sebenar dia terhadap kita. Tak sama dengan hipokrit, dia ni lebih kepada suka pendam perasaan dia. Mungkin atas dasar menjaga hati rakan nya, atau mungkin juga atas dasar nak jaga persahabatan dia. Kawan yang macam ni ada baik dan buruk nya. Yang baiknya, dia tau macam mana nak jaga hati kita dan mungkin kurang perbalahan apabila bersama dia. Yang buruknya, kita tak tau dan takkan sedar apabila kita menyakiti hati dia sebab dia tak menunjukkan apa perasaan sebenarnya terhadap kita. Apapun, jagalah hati dan perasaan kawan kita yang pemendam ni, sebab ada antaranya yang sensetif and ada jugak antaranya yang suka simpan dendam =)


5. Kawan yang bernama Sahabat
Yeahhh, kawan yang macam ni lah yang kita cari. Kawan yang macam nie saya kategorikan sebagai kawan yang percaya, jujur dan ikhlas berkawan dengan kita untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Kawan yang macam ni kebiasaannya tak banyak karenah. Kawan yang bernama Sahabat ni suka akan kebaikan dan dia akan ajak kita sama-sama untuk berbuat kebaikan bersama. Kawan ini takkan biarkan kawannya hanyut dalam kegelapan. Andai kawannya hanyut dalam kemaksiatan, dia akan tarik kawannya menuju ke jalan kebenaran. Andai kawannya terjatuh, dia akan menghulurkan tangannya untuk menarik kawannya supaya dapat bangun semula. Dan seandainya dia tidak mampu menghulurkan tangannya, dia akan sentiasa berada di sisi kawannya untuk memberi kata-kata semangat untuk membangkitkan semangat kawannya untuk bangun sendiri. Andai kawannya bahagia, dia tidak akan iri hati, malah dia akan turut berbahagia untuk kawannya. Kawan yang bernama Sahabat ini tidak akan pernah melupakan kawannya walau sejauh mana mereka berpisah atau sebanyak manapun kawan baru yang dia temui. Kawan ini akan sentiasa mengingatkan kita dengan Tuhan. Insyaallah, kawan sebegini akan mendapat keredhaan Allah dan membawa ke syurga. Berdoalah agar kita temui sahabat kita.

Jadi dari sini saya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama muhasabah diri dan berfikir sejenak bahawa adakah anda seorang kawan yang baik ataupun tidak. Bersama-samalah kita berubah dan menjadi seorang kawan yang boleh membawa kawan kita ke jalan yang mendapat keredhaan Ilahi. Kat sini ada sedikit tips yang boleh kita manfaatkan bersama,

Khalil al-Musawi memberikan secara terperinci tujuh perkara yang dapat menjadikan persahabatan anda berkekalan:-
1. Anda menyukai apa yang mereka sukai dan membenci apa yang mereka benci,
2. Mengelakkan kemarahannya, mencari keredhaannya dan menuruti perintahnya,
3. Membantu mereka dengan harta anda, lisan anda, tangan dan kaki anda,
4. Anda menjadi mata, petunjuk, cermin dan pakaian mereka,
5. Jangan anda kenyang, sedangkan mereka lapar dan jangan anda puas minum, sedangkan mereka kehausan.
6. Anda harus memenuhi jemputannya, menjenguknya ketika sakit dan menghantar jenazahnya apabila meninggal dunia,
7. Jika anda mengetahui dia mempunyai keperluan, maka anda harus segera memenuhinya tanpa menunggu sehingga dia meminta terlebih dahulu.


Jadi tunggu apa lagi? Marilah kita bersama-sama mengaplikasikan apa yang telah kita dapat daripada apa yang saya kongsi pada hari ini. Saya tujukan post ini khas buat kawan-kawan saya. Semoga dengan ini persahabatan kita akan berkekalan sampai bila-bila. Saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya sebab telah menerima saya seadanya, dan kepada sahabat saya, terima kasih sebab telah mengingatkan saya kepada-Nya. Saya doakan terbaik buat awak walaupun kita dah tak seperti dulu.
Assalamualaikum =)



Sunday, January 22, 2012

Another chapter of life.

Assalamualaikum. Setelah sekian lame saye telah mengabaikan tanggungjawab saye terhadap blog ini. Bile tengok balik, last post saye tyme akhir tahun 2010. Sekarang dah tahun 2012 dah pun. Haha. Okay, berbalik kepada tajuk utama blog saye kali nie, 'Another chapter of life' yeap, watak utama nya masih same, that is me. Haha. Tahun nie berbeza sikit daripada tahun2 sebelum nie,sbb saye bukan lagi berada di zaman persekolahan, tapi skrg saye berada di zaman PLKN, bukan bergelar sebagai seorang pelajar, tapi bergelar sebagai seorang pelatih wirawati. Berbeza kan daripada sebelum nie? Selain tu, perbezaan ketara bagi saye ialah saye tidak lagi dikelilingi oleh wajah2 yang biase saye lihat, skrg hari2 saye dipenuhi dengan wajah2 baru yang tidak kurang ceria nya. Alhamdulillah. Im able to meet new friends, a good one, yang dapat menemani saye di kala sendirian. Thank God for giving me them. Biarpun baru kenal for a few weeks, tapi rase mcm dah lame kenal je. Okay, berbalik kepada PLKN, there are so many things that i've learned lately, one of it is sikap kerjasama, bantu membantu. Tak kisah lah dalam kelas character building ke, aktiviti fizikal ke, dalam dorm ke, sikap saling membantu tu kena ade. Selain tu, mengenai sikap, i've learned that, semua yang berlaku dalam kehidupan seharian kite bergantung pada sikap kite. And hanya kita yang mampu mengubah diri kita. Yang penting, kite kena sentiasa fikir positif. Mind set yang betul mampu menentu kan hala tuju program 3 bulan nie. Ape pun saye bersyukur dapat masuk plkn. Biarpun terpaksa berjauhan, dipisahkan oleh laut china selatan daripada keluarga, saye redha. Saye tau ade hikmah yang besar disebalik semua nie. Insyaallah. Okay, sampai di sini sahaja lah coretan saye pada hari nie. Lepas nie nak pergi klinik. Doa kan saye cepat sembuh. Salam :D

Saturday, December 18, 2010

Tuesday, June 23, 2009

Edge Of The World

I know your face, I know your smile and how it plays
Into the minds of those who cling to every word you say
This isn't how I wanted to remember me and you
Your eyes are talking but your lips are standing still
Open your mouth tell me how I'm supposed to feel
My finger pointing's just a warning so I suggest you

Say you're wrong
Let's get this over I
Would like to get some sleep tonight
Let's get this over, I'd like to get some sleep tonight
Let's get this over, I'm done with all your lies

You make it hard for me to leave
So very hard for me to leave

By now the lies you told are weighing on your chest
If I provide the rope I know you'll do the rest
But I will not be an accessory
No I'm not who you think
And I will never be your enemy
So don't insult me

Say you're wrong
This could be easier
If I was over her
So say you're wrong (say you're wrong)

I know she's just a girl
But she's got me standing on the edge
I'm on the edge of the world

My eyes are open for the first time
This place of yours is in my own eye
My eyes are open for the first time
This place of yours is in my own eye

I am not a man who lives a life of soldiers
I am not the kind of man who walks away
I will stand up face to face or toe to toe with anyone, yes anyone

Everything you said about me was the truth but
I just don't think that I can look at you the same
You're like a splinter now I'll never show this hand to anyone, to anyone

Now I know that I was not the man you wanted
You know I loved you and I wanted to make you proud
My intentions were to never give myself to anyone, look what I've done
(Done, just look at what I've done)
My intentions were to never give myself to anyone, look what I've done
(Done, just look at what I've done)
My intentions were to never give myself to anyone, look what I've done

Thursday, April 16, 2009

Segalanya tentang kawan...

Apa erti kawan?
Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Font sizeApa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Adakah kita kawan yang baik??
Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan
biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya
supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.
Saidina ali berkata " selemah2 manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yangg lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
Renung2kanlah...

Friday, April 3, 2009

KAWAN

SEMUE NI LUMRAH MANUSIA,TIADE KENE MENGENA DENGAN SAPE2..
Bile kite berkawan dulu,bukan main akrab lagi..
kite ke hulu,die ke hulu,
die ke hilir,kite pun ke hilir...
macam isi ngan kuku,
takley berpisah langsung.
Tapi bile dah bergaduh,
kite ke hulu,die ke hilir,
die ke hilir,kite ke hulu,
nak pandang pun dah tak sudi,
pandang skali skala ade jgk kan?
hah,tuu pun main jeling2..

Bile berkawan,die lah segalenyer,
kate2 baik je depan die,
kite kate die fragile,
sbb tuu kite kene layan die baik2,
kononnyer die lah kawan terbaik dan die patut dapat yg terbaik.
Tapi bile bergaduh,die lah segala dalang masalah,
pelbagai jenis bahase kite gune,dah tak tau dose pahale.
kite kate die tuu sampah,
sbb tuu layak dibuang kt mane2,
kononnyer die tulah penyebab masalah korang terjadi.

Bile berkawan,kite gune kate2 pgglan yg bgs je nk dgr,
kite awk,saye awk,lembut je tutur kate.
Tapi bile dah bergaduh,sgale jenis pgglan x bgs je di dengar,
sial la bodoh la,terus jadi kasar..

Bile berkawan,kite ketawe n nangis same2..
Kite bergurau,belajar same2..
Tapi bile dah gaduh,kite gaduh same2..
Caci maki semue pun ade..

APE CITER??

Sunday, January 18, 2009

Bilakah damai..

Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Asap senjata dan hanyir darah menyesak dada

Tubuh-tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana ramai yang kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanya bimbang
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa pembantaian
Suara tangis menjadi syair sendu
Menyayat dan menyiat perasaan

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Bilakan damai akan menjelang?

Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan

Sunday, January 11, 2009

BOYCOTT ISRAEL PRODUCTS!!!!










Salam,
See both of the banner above? Its a peace message for all people around the world… As long as Israel exist on the globe, there would be no peace for all of us. To all my muslim brothers and sisters, please continue to send the message, let others know. Some of us doesn’t notice these, our brothers and sisters are suffering in palestine, but still, they hold the faith in ISLAM. Just to let you people out there know, its not only muslims fighting for this, theres also a lot of non-muslim association fighting for palestine freedom, and they do it just for the sake of humanity.
If you guys still wondering what to do, and how to do, to show your support on BOYCOTT ISRAEL, please, and please, stop using or buying the product from the brand listed below. Slowly changing to other brand would help a lot. Its been proven that all the brand below help to generate israel warfare. And with all the foundation, israel bought weapon to kill our brothers and sisters. To make it simple, the analogy is ITS US WHO KILL OUR OWN BROTHERS AND SISTERS!.. PleasE!! TRY TO STOP USING THESE BRAND PRODUCTS!






And theres more Here

Thursday, December 25, 2008

Within Temptation


Lagu2 band ni la yg sentiase bermain difikiran saye tiap ari..diorg ni gothic n metal...hmm,symphonic rock..saye dgr lagu diorg cam lain dari lagu2 dari band lain...mungkin sbb music die kot..pendek kate diorg ni memang best abes la!saye suke..hehe

Friday, December 12, 2008

daa bee daa bee dumm KL! Chakk!!

hahaha..esok saye g KL setelah lame saye tinggalkan die dulu..hehe..since 14 may 2006tau..hmm,arap2 dapat la terserempak ngan sape2 yg saye kenal..hehe..saye rindu semua bende yg ade kt KL..hehe..kecuali rumah la..err,seram nk ckp..rumah saye tuu ade penunggu..haha..penunggu ape?arh,lu pikir la sendiri..muahahaha!!

Ps/Okay,kesempatan ini saye nk cakap yg saye takkan online pada 13 sampai 19 sbb saye kt KL..