Thursday, April 19, 2012

Friendship aka Persahabatan =)

Assalamulaikum. Setelah sekian lama menghilang, hari nie saya nak bukak skit cerita tentang tajuk utama kita hari ni, that is Friendship aka Persahabatan. Saya percaya kita semua ada kawan kan? Tipu sangat la kalau takde kawan. Betul tak? Ada quotation english yang mengatakan "Friendship is one of the most precious relationships that exist on earth. Without friends our life would be dull, empty and so incomplete".

Soalan pertama saya untuk korang, adakah anda seorang sahabat yang baik?
Dari Abu Musa asy-Asy'ari, dia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya, perumpamaan sahabat yang baik dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dengan tukang besi. Seorang penjual minyak wangi akan memberi kamu minyak atau kamu membelinya, atau kamu akan mendapatkan bau yang harum darinya. Sedangkan tukang besi, maka boleh jadi akan membakar bajumu dan boleh juga kamu akan mendapatkan darinya bau yang busuk."(Muttafaqunalaih)


Dalam hadis lain, Nabi s.a.w bersabda, "Seorang bergantung pada agama kawannya, maka hendaklah salah seorang di kalangan kamu semua melihat dengan siapa dia berkawan." (HR, Abu Daud)


Jadi kesimpulan daripada hadis di atas, jelaslah bahawa kita hendaklah berhati-hati memilih sahabat dan pada masa yang sama jugak kita mestilah menjadi sahabat yang baik kepada kawan kita.


Okay, di sini saya nak share sikit jenis-jenis kawan yang kita biasa jumpa pada zaman baru nie *Mengikut kajian dan pemerhatian harian* :-


1. Kawan yang hipokrit
Haa, kawan yang macam ni lah biasa kita temui pada masa nie. Kawan yang hipokrit nie dikategorikan sebagai kawan yang kekurangan kejujuran dalam kehidupan sehariannya. Haha. Kenapa saya cakap macam tu? Kebiasaannya kawan yang hipokrit ni depan kita dia baik, tapi belakang kita cakap buruk tentang kita. Kawan macam nie lah yang boleh dikatakan sebagai Agen Perosak aka Batu Api. Dengan kehadiran kawan macam nie lah boleh menyebabkan pergaduhan antara kita dengan orang lain. Berdoalah kepada Allah supaya kita dijauhi oleh kawan yang macam nie. Next?

2. Kawan yang suka ambil kesempatan
Ni satu lagi penyakit manusia zaman sekarang. Kawan yang suka mengambil kesempatan nie saya kategorikan sebagai kawan yang kekurangan keikhlasan dalam hidup dia. Meh saya cerita skit mengenai kawan yang suka mengambil kesempatan nie. Disebabkan dia kekurangan keikhlasan nie terbuktilah bahawa dia langsung tak ikhlas berkawan dengan kita. Ada orang orang yang berkawan sebab nak mencari publisiti, menggunakan kawan bila perlu, gunakan kawan yang innocent supaya jadi mangsa dan macam-macam lagi lah. Apa gunanya berkawan kalau takde keikhlasan? Berkawan tanpa keikhlasan nie samalah seperti kita memperguna aka memperbodohkan kawan kita. Tak baik mempermainkan orang macam tu.

3. Kawan Touch and Go
Saya pasti semua orang familiar dengan word touch and go kan? Haha. Kawan touch and go nie lebih kurang je macam kawan yang mengambil kesempatan. Tapi bukan secara keseluruhannya sama. Apa yang membezakannya ialah kawan touch and go ni dikategorikan sebagai kawan yang takde perasaan aka tak berhati perut. Kawan yang ni antara kawan yang paling kejam sekali dalam menyakiti hati kawan dia. Kenapa? Kawan touch and go ni dia cuma berkawan dengan kita apabila dia memerlukan sahaja, which means after "khidmat kita dah tak diperlukan", terus dia buang kita, pergi macam tuu je and tak pedulikan kita langsung. Kita ambil contoh yang paling common sekali lah, kawan yang tinggalkan dan abaikan kita untuk kawan yang berlainan jantina aka kekasih dia. Kejam tak? Kebiasaannya kawan macam tu tak tahu macam mana nak menghargai kawan yang dia ada. Semoga suatu hari nanti dia akan sedar bahawa kekasih itu datang dan pergi, berbeza dengan kawan yang takkan pergi tak kira macam mana dia buang kawan dia suatu ketika dahulu. Ingatlah, kawan kita akan tolong kita tak kira apa pun berlaku dan belum tentu lagi kekasih kita tuu dapat tolong kita setiap masa. Bagi saya agak kejam apabila seorang kawan tu buat kawan dia macam guna Touch and Go.

4. Kawan yang pemendam.
Okay! Take note! Kawan macam ni agak senang mata memandang, tapi berhati-hatilah. Sebab kawan macam ni lah paling susah nak jaga. Sebab apa? Dia tidak akan menunjukkan perasaan sebenar dia terhadap kita. Tak sama dengan hipokrit, dia ni lebih kepada suka pendam perasaan dia. Mungkin atas dasar menjaga hati rakan nya, atau mungkin juga atas dasar nak jaga persahabatan dia. Kawan yang macam ni ada baik dan buruk nya. Yang baiknya, dia tau macam mana nak jaga hati kita dan mungkin kurang perbalahan apabila bersama dia. Yang buruknya, kita tak tau dan takkan sedar apabila kita menyakiti hati dia sebab dia tak menunjukkan apa perasaan sebenarnya terhadap kita. Apapun, jagalah hati dan perasaan kawan kita yang pemendam ni, sebab ada antaranya yang sensetif and ada jugak antaranya yang suka simpan dendam =)


5. Kawan yang bernama Sahabat
Yeahhh, kawan yang macam ni lah yang kita cari. Kawan yang macam nie saya kategorikan sebagai kawan yang percaya, jujur dan ikhlas berkawan dengan kita untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Kawan yang macam ni kebiasaannya tak banyak karenah. Kawan yang bernama Sahabat ni suka akan kebaikan dan dia akan ajak kita sama-sama untuk berbuat kebaikan bersama. Kawan ini takkan biarkan kawannya hanyut dalam kegelapan. Andai kawannya hanyut dalam kemaksiatan, dia akan tarik kawannya menuju ke jalan kebenaran. Andai kawannya terjatuh, dia akan menghulurkan tangannya untuk menarik kawannya supaya dapat bangun semula. Dan seandainya dia tidak mampu menghulurkan tangannya, dia akan sentiasa berada di sisi kawannya untuk memberi kata-kata semangat untuk membangkitkan semangat kawannya untuk bangun sendiri. Andai kawannya bahagia, dia tidak akan iri hati, malah dia akan turut berbahagia untuk kawannya. Kawan yang bernama Sahabat ini tidak akan pernah melupakan kawannya walau sejauh mana mereka berpisah atau sebanyak manapun kawan baru yang dia temui. Kawan ini akan sentiasa mengingatkan kita dengan Tuhan. Insyaallah, kawan sebegini akan mendapat keredhaan Allah dan membawa ke syurga. Berdoalah agar kita temui sahabat kita.

Jadi dari sini saya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama muhasabah diri dan berfikir sejenak bahawa adakah anda seorang kawan yang baik ataupun tidak. Bersama-samalah kita berubah dan menjadi seorang kawan yang boleh membawa kawan kita ke jalan yang mendapat keredhaan Ilahi. Kat sini ada sedikit tips yang boleh kita manfaatkan bersama,

Khalil al-Musawi memberikan secara terperinci tujuh perkara yang dapat menjadikan persahabatan anda berkekalan:-
1. Anda menyukai apa yang mereka sukai dan membenci apa yang mereka benci,
2. Mengelakkan kemarahannya, mencari keredhaannya dan menuruti perintahnya,
3. Membantu mereka dengan harta anda, lisan anda, tangan dan kaki anda,
4. Anda menjadi mata, petunjuk, cermin dan pakaian mereka,
5. Jangan anda kenyang, sedangkan mereka lapar dan jangan anda puas minum, sedangkan mereka kehausan.
6. Anda harus memenuhi jemputannya, menjenguknya ketika sakit dan menghantar jenazahnya apabila meninggal dunia,
7. Jika anda mengetahui dia mempunyai keperluan, maka anda harus segera memenuhinya tanpa menunggu sehingga dia meminta terlebih dahulu.


Jadi tunggu apa lagi? Marilah kita bersama-sama mengaplikasikan apa yang telah kita dapat daripada apa yang saya kongsi pada hari ini. Saya tujukan post ini khas buat kawan-kawan saya. Semoga dengan ini persahabatan kita akan berkekalan sampai bila-bila. Saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya sebab telah menerima saya seadanya, dan kepada sahabat saya, terima kasih sebab telah mengingatkan saya kepada-Nya. Saya doakan terbaik buat awak walaupun kita dah tak seperti dulu.
Assalamualaikum =)



No comments: