Monday, February 16, 2015

Perasaan

Hidup tak selamanya indah, namun tak juga selamanya kelam. Sejujurnya, aku temui kebahagiaan di hati ku sejak bermulanya semester baru ini. Seolah-olah ada satu cahaya yang telah menerangi hari-hariku yang sebelum ini gelap. Aku bermula dengan semangat yang berkobar-kobar untuk buat yang terbaik untuk semester ni. Namun, segalanya tidak berkekalan. Dari hari ke hari, ku rasakan perubahan pada diri ku ini. Semangat yang dulunya tinggi, kini kian hilang. Aku terlalu sibuk dengan perkara-perkara lain sehinggakan aku terlupa, apa tujuan utama aku berada di sini. Tersekat, terperangkap, aku tak tau bagaimana caranya untuk aku keluar dari semua ni. Aku tak mampu memikul banyak tanggungjawab pada satu masa. Aku cuba untuk bertenang, namun aku tidak mampu. Terlalu banyak benda yang harus difikirkan. Terkadang aku terfikir, adakah aku telah tersalah langkah? Terlalu banyak benda yang menganggu ku. Semalam, aku dikejutkan dengan suatu kenyataan, segala perkara yg bermain dalam fikiran aku telah lenyap, aku terpaku. Ya, aku sedih. Aku cuba sedaya upaya untuk hilangkan perasaan tu. Aku ukirkan senyuman ku kepada semua walau hakikatnya hati ku terluka. Aku tekad untuk memberanikan langkah untuk menyapanya supaya apa yang aku pegang sekarang, tak terlepas, apa yang terikat sekarang, tidak terurai. Alhamdulillah. Aku bersyukur, kerana segalanya berjalan dengan lancar, apa yang aku inginkan terjadi. Tetapi kebahagiaan itu tak berkekalan apabila dia mengatakan sesuatu kepada ku. Hanya  Allah yang tahu, betapa peritnya hati ini. Aku tahan airmata ku dari jatuh, aku yakinkan dia supaya tidak berfikir terlalu jauh. Tetapi hakikatnya, aku sendiri tidak. Aku harap apa yang kami fikir dan sangkakan itu salah. Mengenangkan apa yang telah terjadi pada aku dengan rakan akrab ku sebelum ini, aku sedih. Aku tak nak perkara itu berulang semula. Untuk berapa minggu ini aku terlalu bahagia, terlalu taksub mencari kebahagiaan utk diri sendiri, sehinggakan aku lupa memikirkan perasaan kawan dia. Semua silapku. Aku langsung tiada niat untuk merampas sesiapa daripada sesiapa. Niat aku cuma untuk berkawan dengan seseorang yang boleh menerima aku seadanya, yang boleh menghormati aku, yang boleh bersama aku tatkala senang dan susah. Sekelip mata, segala tu musnah. Aku menangis sebaik sahaja aku sampai ke bilik,setelah selesai kelas aku pada tengah hari. Sekarang aku cuma berharap agar segala yang aku fikirkan tidak benar. Aku harap dia tak terasa sebab aku mengelak daripada dia. Huhuhu. Sedih. . . Sesedih-sedih aku semalam, hari ni ternyata lebih sedih daripada tu. . .  Aku harap nanti pelangi akan muncul selepas hujan lebat yang turun sekarang berhenti . . Semoga hati ini terus tabah untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Amin.

No comments: