Tuesday, November 6, 2012

Do you know what is your last word?

Assalamualaikum.

Sebelum saya pergi ke tajuk utama kita, izinkan saya bercerita serba sedikit mengenai perjalanan hidup seorang muslim. Seorang muslim dalam hidupnya akan melalui 5 Alam. Alam pertama ialah Alam Roh. Kemudian Alam Rahim. Di sini lah tempat setiap nyawa mengaku keesaan Allah SWT dan juga disini banyak perkara telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia, antaranya ialah rezeki dan jodoh. Seterusnya, apabila manusia itu telah lahir, dia akan melalui Alam Dunia. Di sini manusia menjadi khalifah Allah di muka bumi, tempat untuk manusia mengumpul pahala kebaikan dengan beribadah dan bertakwa kepada Allah SWT. Apabila ajal telah menjemputnya, dia akan melalui Alam Barzakh. Roh manusia akan ditarik di saat kematian nya. Setiap roh yang terpisah daripada jasad manusia akan pergi ke langit. Di sini Allah memerintahkan supaya roh manusia yang fasik dicampakkan semula ke dunia dan diseksa di dalam kuburnya sehinggalah hari kiamat tiba. Dan yang terakhir sekali ialah Alam Akhirat. Di sini, setiap jiwa akan diadili bagi menentukan di mana kehidupan kekalnya akan berada, sama ada di syurga mahupun neraka.

Sekiranya berbicara mengenai KEMATIAN, mesti ramai yang takut. Asal nampak je tajuk apa-apa artikel mengenai kematian, mula lah dia nak menggelabah, tutup page, jantung dah dud dap dup dap dahh. Kalau anda takut, tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya, apabila anda tidak mengambil peduli! Masyaallah. Apa nak jadi dengan kita? Sebagai seorang manusia, kita seharusnya sentiasa bersedia dengan kematian. Kerana kematian itu adalah suatu perkara yang PASTI!

Firman Allah SWT,
Apabila telah sampai ajal seseorang, maka sesaat pun tidak dapat ditangguhkan, dan sesaat pun tidak dapat didahulukan.”
(Al-A’raf: 34)
 
Ingatlah, ajal dan maut di tangan Allah. Allah berkuasa untuk menarik nyawa kita pada bila-bila masa pun yang Dia kehendaki. Ajal datang tak bagi signal. Kita semua tak tahu bila kita akan pergi, mungkin hari ini, esok, lusa? Atau mungkin kita akan pergi dalam tidur kita. Persoalannya sekarang, sudahkah anda bersedia?
 
Maka dengan itu, kita hendaklah persiapkan diri kita untuk pergi pada bila-bila masa pun. Kita sering leka dengan hal - hal keduniaan, mengejar kejayaan dunia, namun semua itu tidak menjamin kejayaan kita untuk memberatkan dacing kebaikan kita dimedan pengadilan kelak. Cuba berfikir sejenak, dalam sehari, berapa kali dan berapa lama masa anda peruntukkan untuk berfikir mengenai kematian? Saya biarkan soalan itu bersama anda.
 
Sabda Rasulullah SAW,
"Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)."
 ( Riwayat At-Turmudzi )
 
"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat."
(Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya)
 
Sesungguhnya, apabila kita mengingati kematian, kita akan sentiasa berwaspada dengan setiap amalan harian kita. Ingatlah, apabila waktu kita telah berhenti nanti, teman sejati kita hanyalah amal kebaikan. Maka di sini saya ingin mengajak anda bersama-sama lah kita bermuhasabah diri. Adakah amalan kita sepanjang hidup ini sudah mencukupi? Sudahkah kita bertaubat dan menadah tangan memohon keampuan Allah SWT? Adakah segala perbuatan kita lakukan setiap hari diredhai Allah? Fikirlah. Sebagai persediaan ke jalan akhirat, kita haruslah berusaha pertingkatkan amalan kita dari hari ke hari. Jadilah seorang muslimin dan muslimah yang berjaya. Post ini bukan lah untuk menakut-nakutkan anda, tetapi sekadar peringatan buat kita yang sering alpa ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada post kali ini. Insyaallah. Jumpa lagi :D
 
 
 

 

No comments: