Saturday, April 21, 2012

Friendship aka Persahabatan =) Part - 2

Assalamualaikum. Sekarang kita berbalik semula dengan topik kita sebelum nie, iaitu mengenai persahabatan. Kat sini saya nak buat penambahan sikit tentang post yang lepas >> Friendship aka Persahabatan =) *Kepada yang belum baca, anda boleh baca di situ*

Berhati-hatilah dalam memilih sahabat. Kenapa? Okay, fakta mengatakan bahawa seorang kawan boleh membawa pengaruh yang begitu cepat merebak kepada kawannya dengan begitu pantas sekali, seperti racun yang mengalir masuk ke dalam badan melalui peredaran darah badan kita. Zaman akhir zaman ni, khususnya remaja, sangat mudah untuk terpengaruh dengan rakan-rakannya. Tanya saja kepada penagih-penagih dadah, "Kenapa mengambil dadah?" Pasti sahaja dia akan menjawab bahawa dia terpengaruh dengan rakan-rakannya. Oleh itu, pemilihan sahabat adalah sangat penting. 

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Seseorang itu bergantung pada agama rakannya, maka hendaklah salah seorang daripada kalangan kamu melihat dengan siapa kamu berkawan. " (HR Abu Daud)

Haaa, dari situ jelaslah kita lihat, bahawa kita seharusnya memilih seorang sahabat yang bertakwa dan baik perilakunya. Janganlah pilih sahabat anda secara sepontan. Pemilihan seorang sahabat seharusnya dilakukan dengan cermat. Hal demikian kerana fakta ada mengatakan bahawa antara sebab-sebab utama kenapa persahabatan tidak berkekalan dan gagal diteruskan adalah kerana melakukan kesilapan dalam pemilihan, akibat terlalu tergesa-gesa dan mendahulukan perasaan. Pilihlah sahabat berdasarkan amalan Islamnya. Kerana sahabat yang cintanya hanya pada Allah akan membawa kita ke syurga, insyaallah.

Saidina Ali pernah berkata, elakkanlah bersahabat dengan ;-

1. Orang yang bodoh
Kerana boleh jadi ketika dia bertujuan untuk menguntungkanmu, namun jelas merugikanmu
2. Orang yang kikir
Kerana dia akan mengabaikanmu ketika kamu memerlukannya
3. Orang yang suka melakukan maksiat
Kerana dia akan menjualmu dengan unta betina
4. Orang yang suka berbohong
Kerana dia akan mendekatkan sesuatu yang jauh, dan menjauhkan sesuatu yang dekat.

Jadi tunggu apa lagi? Buatlah pemilihan sahabat anda dengan sebaiknya =) Namun harus diingat, bahawa adanya seorang sahabat, tidak membataskan kita untuk bersahabat dengan orang lain. Saya tengok ramai sangat manusia sekarang ni yang cuma mahu menolong sahabat rapatnya sahaja dan mengabaikan sahabatnya yang lain, yang lebih memerlukan . Salah tuu, kita seharusnya berbuat baik dengan semua orang. Tak rugi pun kan? Haha. Oh ya, dalam Islam kita tidak seharusnya membeza-bezakan sahabat kita. 

Dalam doa ma'tsur dikatakan, 
"Ya Allah, limpahkan kebaikan kepada seluruh manusia" 
Doa ini menyebut manusia secara keseluruhan dan bukan untuk sahabat karibnya sahaja.

Jadi secara keseluruhannya, anda faham tak faham? Haha. Sampai di sini sahajalah perkongsian saya mengenai persahabatan pada kali ini. Saya mendoakan agar kita semua akan menemui sahabat sejati yang boleh bersama-sama beribadah kepada Tuhan sekalian alam, iaitu Allah SWT. Semoga sahabat kita dapat membawa kita ke syurga, insyaallah. Assalamualaikum =)


No comments: